
semester nih saya kena buat satu projek pembangunan masyarakat. satu kisah yang amat WT* bagi saya sebab ini akan menyebabkan saya mengalami ke"busy"an melampau. dan seperti terjangkakan...memang sangat busy!

projek ini bernama KARISMA WANITA. aha...apasal KARISMA WANITA? entah...sebab ikut sedap mulut saya masa mencadang kan :) Program KARISMA WANITA ini adalah satu program pembangunan usahawan yang dibentuk bagi membantu golongan ibu tunggal mempelajari selok belok mengenai pembiyaan perniagaan oleh MARA, bagaimana untuk memulakan perniagaan dan akhir sekali, satu bengkel penyediaan frozen food oleh Kolej Komuniti akan diadakan. Lokasinya di Pekan, kerana salah seorang ahli kumpulan yang dinamakan ANCHOR *lagi sekali ikut sedap mulut aku mencadang* mempunyai kabel yang agak kuat di Pekan


![]() |
lagi sekali ikut sesedap jari saye mendesign dan memottokan projek ini |
maka aktiviti pon berjalan. Paling penting adalah SPONSOR! Alhamdulillah berkat doa dan usaha rakan-rakan dalam team ANCHOR nih....maka semua budget yang dirancang berjaya diperolehi. Jumlah perbelanjaan bagi menggerakkan aktiviti ini adalah RM8,500.00. wow..bagi student macam kami memang jumlah yang besar lar! Tahniah pada ANCHOR sebab berjaya kutip ufti untuk merealisasikan idea saye yang gile ini *kena perli sebab semua saye , lepas saye , saye..
banyak benda yang nak disiapkan dari segi laporan, kertas kerja, protokol, acara, logistik, pengangkutan, media dan undangan VVIP. Owh Sungguh pening kepala saye.walaupun tugas saya Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri pon saya handle. Nasib baik Perdana Menterinya ok ! hoho..tapi tak kisah la sebab saye pon enjoy buat kerja-kerja ni. Harapannye masa part laporan nanti leh skipped la

Nak jemput media, sponsor dan VVIP pon kena ada protokol :D |
![]() |
Sijil Peserta yang pelru touch up! |
![]() |
yang nih dh hantar kepada supplier..dapatnye bila tah :D |
![]() |
yang ni pula dah siap! Boleh masuk kotak dah! |
Doakan yang terbaik untuk team ANCHOR UUM KL ye kawan-kawan semaaa...*ada ke yang baca blog ni
okla..masa untuk blog-walking~
KPL jugak kah? jumpa nati tego2 lah ye, aku xcam mane satu ko :)
ReplyDeleteko tingkat 15?
ReplyDelete