Tuesday, September 4, 2012

bila dah menulis

ini adalah cerita tentang projek yang membuatkan saya tak de masa nak menulis..walaupun dulu projek ni tak de pon malas nak menulis *alasan

semester nih saya kena buat satu projek pembangunan masyarakat. satu kisah yang amat WT* bagi saya sebab ini akan menyebabkan saya mengalami ke"busy"an melampau. dan seperti terjangkakan...memang sangat busy! 

projek ini bernama KARISMA WANITA. aha...apasal KARISMA WANITA? entah...sebab ikut sedap mulut saya masa mencadang kan :) Program KARISMA WANITA ini adalah satu program pembangunan usahawan yang dibentuk bagi membantu golongan ibu tunggal mempelajari selok belok mengenai pembiyaan perniagaan oleh MARA, bagaimana untuk memulakan perniagaan dan akhir sekali, satu bengkel penyediaan frozen food oleh Kolej Komuniti akan diadakan. Lokasinya di Pekan, kerana salah seorang ahli kumpulan yang dinamakan ANCHOR *lagi sekali ikut sedap mulut aku mencadang* mempunyai kabel yang agak kuat di Pekan   kawasan PM tu ! Maka terhasil lah program KARISMA WANITA ini ... saya terasa jadik mastermind dalam projek ini sebab hampir semua arahan keluar dari mulut saya...haha sungguh gile kuasa

lagi sekali ikut sesedap jari saye mendesign dan memottokan  projek ini
so, langkah awal semestinya melantik jawatankuasa, dan akhirnya tanpa di duga saya yang naif ini dilantik menjadik Menteri Kewangan . Alah ..kacang jek tugas nye...kompol duit...belanja duit :)) hahaha....no hal la kata orang

maka aktiviti pon berjalan. Paling penting adalah SPONSOR! Alhamdulillah berkat doa dan usaha rakan-rakan dalam team ANCHOR nih....maka semua budget yang dirancang berjaya diperolehi. Jumlah perbelanjaan bagi menggerakkan aktiviti ini adalah RM8,500.00. wow..bagi student macam kami memang jumlah yang besar lar! Tahniah pada ANCHOR sebab berjaya kutip ufti untuk merealisasikan idea saye yang  gile ini *kena perli sebab semua saye , lepas saye , saye..

banyak benda yang nak disiapkan dari segi laporan, kertas kerja, protokol, acara, logistik, pengangkutan, media dan undangan VVIP. Owh Sungguh pening kepala saye.walaupun tugas saya Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri pon saya handle. Nasib baik Perdana Menterinya ok ! hoho..tapi tak kisah la sebab saye pon enjoy buat kerja-kerja ni. Harapannye masa part laporan nanti leh skipped la 

Nak jemput media, sponsor dan VVIP pon kena ada protokol :D
siap satu bab, bab lain menanti lak. Tapi alhamdulillah, semua nya dapat settle dan berjaya di settelkan. kadang-kala benda yang remeh pon kena amik peduli

Sijil Peserta yang pelru touch up!

yang nih dh hantar kepada supplier..dapatnye bila tah :D

yang ni pula dah siap! Boleh masuk kotak dah!

anyway, rasanya semua dh settle. cuma tinggal beberapa pekara yang kecil-kecil la seperti alatulis dan peralatan yang perlu dibawa semasa kejadian. Insya-Allah 7 September team peninjau akan membuat tinjuan  di Pekan dan berjumpa dengan Dato' Khadijah pada hari tersebut untuk confirm beberapa perkara. 

Doakan yang terbaik untuk team ANCHOR UUM KL ye kawan-kawan semaaa...*ada ke yang baca blog ni

okla..masa untuk blog-walking~

2 comments: